Chameleon sejak diperlihatkan pada pertama kali, ia telah mendapat pelbagai reaksi positif daripada pengguna seluruh dunia. Dan kini, setelah melalui proses pengumpulan dana melalui KickStarter, pembangunnya kini telah pun melancarkan ia pada Google Play Store hari ini.
Bagi yang tidak mengetahui apakah itu Chameleon, ia merupakan salah satu launcher untuk Android, yang mana dioptimasikan khas untuk tablet, membawakan antaramuka dan rekabentuk yang menarik dan bersesuaian dengan tablet anda.
Pada masa yang sama, Chameleon juga membolehkan skrin utama tablet anda berubah mengikut lokasi dan juga masa, membolehkan anda menikmati kandungan yang sesuai mengikut masa dan lokasi, seperti ketika dirumah, ataupun dipejabat. Para pengguna sendiri boleh membuat tetapan berdasarkan lokasi GPS, dan sebagainya untuk ini.
Bagi para pengguna tablet Android yang berminat, anda boleh mendapatkan aplikasi Chameleon Launcher ini daripada Google Play Store hari ini pada harga $10.26.
- Muat Turun
- Muat-Turun Chameleon Launcher Dari Google Play Store