HTC 8S – Peranti Windows Phone 8 Mampu Milik Diumumkan

HTC 8S – Peranti Windows Phone 8 Mampu Milik Diumumkan

Diterbitkan pada Sep 19, 2012 oleh .

Bersama-sama dengan pengumuman pelancaran HTC 8X, pihak HTC dan juga Microsoft turut bersama-sama melancarkan peranti HTC 8S yang turut dijana menggunakan Windows Phone 8, namun membawakan spesifikasi yang sedikit rendah berbanding HTC 8X.

HTC 8X membawakan skrin bersaiz 4-inci WVGA, cip pemprosesan dwi-teras S4 sepantas 1GHz, memori sebanyak 512MB RAM, ruangan storan terbina sebanyak 4GB, dan kamera 5-megapixel pada bahagian belakang. Tiada kamera bahagian hadapan yang disertakan, dan integrasi Beats tidak sepertimana yang terdapat pada HTC 8X.

Dari segi pilihan warna, ia akan didatangkan dalam pilihan domino, merak, biru, dan juga kelabu. Ia turut didatangkan bersama-sama ruangan slot mikro-SIM dan juga slot mikro-SD padanya.

Harga tidak diumumkan, dan ia dijangka akan dimulakan jualan pada awal November kelak.


TIPS & ULASAN