Apple iOS 6 Sedia Untuk Dimuat-Turun Oleh Pengguna Tempatan

Apple iOS 6 Sedia Untuk Dimuat-Turun Oleh Pengguna Tempatan

Diterbitkan pada Sep 20, 2012 oleh .

Bagi para pengguna peranti iOS, kini anda sudah boleh mula menyemak kemaskini iOS 6 untuk peranti-peranti anda, dimana boleh menggunakan sokongan kemaskini OTA ataupun melalui iTunes, bergantung kepada jenis peranti anda.

iOS 6, seperti anda sedia maklum, membawakan beberapa perkara baru dan perubahan pada platform operasi daripada Apple. Namun, beberapa perkara masih tidak boleh digunakan sepenuhnya oleh pengguna tempatan buat masa ini.

Perubahan drastik semestinya adalah ketiadaan aplikasi utama daripada Google, iaitu YouTube dan juga Google Maps. Apple walaubagaimanapun, cuba mengantikan Google Maps dengan aplikasi pemetaan mereka tersendiri, namun masih tidak memaparkan nama-nama jalan di Malaysia secara sepenuhnya. Jadi, sekiranya anda aktif menggunakan peranti anda untuk tujuan navigasi dan pencarian jalan, mungkin perlu menangguhkan kemaskini ini buat sementara.

Selain daripada itu, iOS 6 membawakan sokongan untuk menguruskan panggilan dengan lebih baik, Safari dengan sokongan paparan skrin penuh, integrasi Facebook dengan menyeluruh dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan peranti berikut, boleh mula menyemak kemaskini (Settings > General > Software Update) sekarang.

iOS 6 hanya ditawarkan untuk iPhone 3GS, iPhone 4, iPhone 4S, iPhone 5, iPad 2, iPad Baru, iPod Touch 4, iPod Touch 5

TIPS & ULASAN