Telefon Firefox OS Daripada ZTE Pada Awal Tahun Hadapan

Telefon Firefox OS Daripada ZTE Pada Awal Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Sep 20, 2012 oleh .

Dengan lebih ramai pengeluar yang memfokuskan kepada platform Windows Phone 8 akhir-akhir ini, pengeluar telefon bimbit keempat terbesar didunia, ZTE kini telah pun mengatakan mereka akan hadir dengan telefon pintar Firefox OS pada awal tahun hadapan.

Buat masa ini, ZTE menawarkan peranti berasaskan Android, dan juga Windows Phone. Penambahan platform Firefox OS pada tawaran mereka semestinya memberikan pilihan tambahan kepada para pengguna.

Firefox OS adalah salah satu sistem operasi berasaskan web yang dibangunkan oleh Mozilla, yang mana menggunakan teknologi HTML5 dan yang berkaitan dengannya dalam pembangunan.

Selain daripada ZTE beberapa pengeluar lain juga turut dijangka akan hadir dengan peranti Firefox OS pada awal tahun hadapan.

Sementara menantikannya, para pengguna yang berminat, boleh menguji sendiri Firefox OS pada komputer mereka hari ini, dan mengetahui apakah yang bakal dibawakan oleh sistem operasi mudah-alih daripada Mozilla itu.


TIPS & ULASAN