Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pelancaran iOS 6, Apple juga turut sama mengemaskini sistem operasi Mountain Lion mereka dengan menambah beberapa fungsi baru padanya. Bagi para pengguna Mountain Lion, anda boleh mula mengemaskini sistem operasi anda kepada OS X 10.8.2. sekarang.

Kemaskini OS X 10.8.2 membawakan beberapa sokongan tambahan, termasuk integrasi Facebook padanya, membolehkan anda melihat notifikasi Facebook daripada Notification Center, melihat informasi rakan anda melalui Contacts, dan berkongsi pelbagai pautan dan sebagainya terus ke Facebook.

Selain daripada itu, anda juga boleh melihat iMessages yang dihantar ke nombor telefon anda terus pada iMessagees di Mac. Sokongan serupa juga didatangkan untuk FaceTime.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mengemaskini sistem operasi Mountain Lion anda hari ini. Untuk memulakannya, hanya ke Apple Menu > Software Update.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd