Najib Razak Bakal Menganjurkan Sesi Google+ Hangout Pada 3 Oktober

Najib Razak Bakal Menganjurkan Sesi Google+ Hangout Pada 3 Oktober

Diterbitkan pada Sep 20, 2012 oleh .

Selepas Anwar Ibrahim tempoh hari, kini Najib Razak turut sama bakal mengadakan sesi khas mereka di Google+ Hangout pada 3 Oktober ini, sekaligus membolehkan beliau berinteraksi dengan pengguna Google+ lain dengan lebih mudah.

Sesi Google+ Hangout tersebut bakal diadakan oleh Najib Razak selama sejam bermula daripada pukul 9 malam 3 Oktober ini, menjawab pelbagai persoalan berkaitan pembentangan Belanjawan 2013.

Dengan Najib Razak dan Anwar Ibrahim yang mula menggunakan Google+ Hangout, mungkin kita akan dapat melihat lebih ramai ahli politik mula menggunakannya dari semasa ke semasa, sekaligus menambah lagi pengguna aktif Google+ di Malaysia.

Sebelum ini, pada awal minggu ini, pihak Google mengumumkan yang mana Google+ mempunyai lebih daripada 400 juta pengguna seluruh dunia, dan lebih daripada 100 juta pengguna aktif setiap bulan.


TIPS & ULASAN