Google Maps Untuk Android Dikemaskini Dengan Sokongan Sync

Google Maps Untuk Android Dikemaskini Dengan Sokongan Sync

Diterbitkan pada Sep 20, 2012 oleh .

Google Maps semestinya merupakan salah satu aplikasi dan perkhidmatan yang amat berguna untuk para pengguna seluruh dunia. Terkini, Google mengemaskini aplikasi Android untuknya, menambah salah satu fungsi baru yang dinantikan sekian lama.

Melalui kemaskini yang diperkenalkan pada Google Maps untuk Android, kini para pengguna boleh sync carian mereka daripada pelbagai peranti dengan mudah. Ini bermakna, sekiranya anda membuat carian pada desktop, secara pantas anda boleh turut sama mengakses hasilnya pada telefon pintar Android anda.

Ini semestinya merupakan salah satu penambahan yang menarik, memandangkan ramai yang sering menggunakan komputer mereka dalam membuat sebarang carian sebelum membuat perkara sama pada telefon pintar Android mereka.

Untuk mengakses sokongan ini, para pengguna boleh melihat ia pada tab MyPlaces > Search. Namun, terlebih dahulu, pastikan anda log masuk ke akaun Google ketika melakukan carian di desktop, mahupun pada peranti Android anda.

Muat-Turun Google Maps untuk Android


TIPS & ULASAN