Opera Mini 7.5 Dilancarkan Untuk Para Pengguna Android

Opera Mini 7.5 Dilancarkan Untuk Para Pengguna Android

Diterbitkan pada Sep 20, 2012 oleh .

Dalam pelbagai pelayar web mudah-alih yang terdapat di pasaran, semestinya Opera Mini merupakan antara yang terbaik, menawarkan laman web yang dioptimasikan untuk skrin kecil, disamping menjimatkan penggunaan data. Hari ini, pembangunnya turut sama memperkenalkan Opera Mini 7.5 untuk para pengguna Android.

Versi baru ini didatangkan bersama-sama fungsi baru yang dinamakan sebagai Opera Smart Page untuk peranti Android, membolehkan pengguna mengakses dan melihat aktiviti mereka dengan lebih mudah. Ia menyediakan sebuah paparan khas, memperlihatkan kemaskini aktiviti baru daripada laman sosial, laman kegemaran, feed dan sebagainya.

Pada masa yang sama, Opera turut mengatakan yang mana Opera Mini mampu menjimatkan lebih 90% penggunaan data pengguna, disamping menjimatkan kos telekomunikasi dan sebagainya.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun pelayar web Opera Mini 7.5 untuk Android, dan mula menggunakannya hari ini.

Muat-Turun Opera Mini 7.5 Untuk Android


TIPS & ULASAN