Cari @ Amanz

Facebook dengan status sebagai penyedia hos gambar terbesar di dunia, dilihat terus menguji beberapa perkara baru pada aplikasi Android mereka, dimana terkini membawakan sokongan memuat-naik gambar dan sync secara automatik daripada peranti Android ke Facebook.

Dengan adanya sokongan ini, gambar yang dirakamkan menggunakan kamera Android anda akan dimuat-naik dan disimpan pada Facebook secara automatik, dan dilabelkan sebagai private maka anda boleh mengubah tetapan untuk gambar yang boleh dilihat oleh rakan-rakan anda kelak.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru, memandangkan beberapa aplikasi lain telah pun sedia mempunyai fungsi seumpamanya. Salah satu aplikasi dengan sokongan tersebut adalah Google+, dan juga Dropbox.

Facebook mengatakan fungsi ini hanya diuji untuk segelintir pengguna sahaja, dan mungkin akan diperkenalkan lebih meluas tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd