Asus Padfone 2 Bakal Diumumkan Pada 16 Oktober Kelak

Asus Padfone 2 Bakal Diumumkan Pada 16 Oktober Kelak

Diterbitkan pada Sep 20, 2012 oleh .

Asus Padfone merupakan salah satu peranti gabungan telefon pintar dan tablet yang diperkenalkan pada tahun lepas, dan hanya dilancarkan di Malaysia pada bulan Julai lepas pada harga RM2399. Dan dengan perkembangan teknologi pantas, kini PadFone 2 bakal diumumkan tidak lama lagi.

Asus telah pun mula menghantar jemputan media kepada media antarabangsa, dimana mereka bakal memperkenalkan PadFone 2 kepada umum pada 16 Oktober ini. Mengikut ura-ura awal, ia dikatakan PadFone 2 kelak akan dilengkapi cip pemprosesan empat-teras Snapdragon S4. Perkara lain masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.

Sama-sama kita nantikan tarikh tersebut untuk pelancaran rasmi PadFone 2 kelak.


TIPS & ULASAN