Facebook Offers Diperkenalkan Dengan Lebih Meluas

Facebook Offers Diperkenalkan Dengan Lebih Meluas

Diterbitkan pada Sep 21, 2012 oleh .

Facebook Offers, walaupun telah diperkenalkan sekian lama, namun, pengguna tempatan masih tidak berpeluang menggunakannya. Namun, perkara ini mungkin berubah tidak lama lagi, apabila kini pihak Facebook memperkenalkan sokongan tersebut kepada semua Facebook Pages.

Bermula hari ini, sekiranya anda merupakan pentadbir laman Facebook Pages, anda akan turut sama diperlihatkan dengan tab khas untuk Facebook Pages. Daripadanya, pentadbir laman tersebut boleh membuat tawaran, samaada untuk digunakan secara offline ataupun online. Melalui sokongan ini, ia akan membolehkan para pengguna mendapatkan diskaun ke atas pembelian mereka, disamping perniagaan pula boleh memaksimakan jualan melaluinya.

Mungkin dengan pengenalan ini, kita akan dapat melihat lebih banyak perniagaan mula menggunakan platform Facebook untuk perniagaan dengan lebih meluas lagi, disamping menjadikan jual-beli lebih sosial lagi.

Tips awal daripada Faiz.


TIPS & ULASAN