Cari @ Amanz

Bagi para pengguna Android yang menantikan kemaskini rasmi daripada pengeluar peranti, kini laporan awal mengatakan HTC bakal memperkenalkan kemaskini Jelly Bean untuk para pengguna One X seawal bulan hadapan – Oktober 2012.

Melalui Jelly Bean, ia membawakan beberapa kemaskini baru, termasuk sistem notifikasi yang menawarkan lebih kawalan, sokongan Google Now, carian berasaskan suara yang lebih baik, dan beberapa perkara lain.

Tarikh rasmi untuk kemaskini masih lagi tidak diketahui, dan sama ada peranti seperti One V dan juga One S akan menerimanya bersama ataupun tidak turut menjadi tanda tanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd