Nexus 7 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – 16GB RM999

Nexus 7 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – 16GB RM999

Diterbitkan pada Sep 21, 2012 oleh .

Hari ini, seperti mana yang dinantikan ramai, Asus bersama-sama pihak Google Malaysia telah pun melancarkan tablet Nexus 7 yang dinantikan ramai untuk pasaran Malaysia. Nexus 7 ditawarkan untuk para pengguna tempatan pada harga RM999 untuk versi 16GB.

Asus Malaysia juga mengatakan tiada versi 8GB yang akan ditawarkan untuk pasaran tempatan, membuatkan para pengguna hanya tinggal dengan pilihan versi 16GB sahaja.

Nexus 7 membawakan cip pemprosesan Tegra 3 empat-teras 1.3GHz, GPU GeForce 12-teras, memori sebanyak 1GB, skrin sebesar 7-inci, dan kamera hadapan 1.2-megapixel.

Kami akan membawakan video pandang pertama dalam kemaskini seterusnya.


TIPS & ULASAN