YouTube Menguji Fungsi Untuk Bertanya Soalan Melalui Video

YouTube Menguji Fungsi Untuk Bertanya Soalan Melalui Video

Diterbitkan pada Sep 21, 2012 oleh .

YouTube, dengan status sebagai penyedia perkhidmatan hos video nombor satu di dunia, ia terus menambah satu demi satu fungsi baru pada perkhidmatan mereka. Terkini, YouTube menguji fungsi baru yang dinamakan sebagai Video Questions.

Fungsi yang masih dalam peringkat beta ini, membolehkan para pengguna untuk menambah soalan pada sesuatu video, yang mana akan diperlihatkan di atas video ketika ia sedang dimainkan, dan para penonton boleh menjawab soalan tersebut dengan mudah.

Video Questions yang masih lagi dalam peringkat beta ini mungkin agak berguna bagi mereka yang sering menggunakan YouTube untuk tujuan pendidikan, kuiz, bancian dan sebagainya.

Sekiranya anda sering menggunakan YouTube, boleh melayari halaman Video Questions Beta hari ini, dan mengaktifkannya, sebelum mula menggunakan dan memaparkan soalan pada video anda.


TIPS & ULASAN