Chromium 24 Diperkenalkan – Memberi Petanda Chrome 24 Bakal Menyusul

Chromium 24 Diperkenalkan – Memberi Petanda Chrome 24 Bakal Menyusul

Diterbitkan pada Sep 21, 2012 oleh .

Google dan pasukan pembangun pelayar web terkemuka mereka kini telah pun melangkah setapak kehadapan, dimana Chromium 24 telah pun sedia dimuat-turun oleh semua. Perkara ini sekaligus menandakan versi pembangunan awal Chrome 24 akan menyusul dalam seminggu dua lagi.

Buat masa ini, tiada perubahan drastik yang tampak pada Chromium 24, mungkin kerana masih lagi pada peringkat pembangunan awal. Namun, salah satu fungsi yang turut didatangkan bersama-sama dengannya adalah sokongan perkongsian yang diperkenalkan pada Chrome Dev baru-baru ini.

Melalui sokongan tersebut, ia membolehkan para pengguna berkongsi pelbagai perkara ke mana-mana aplikasi kegemaran mereka serta-merta.

Selain daripada itu, buat masa ini, kami masih belum menemui sebarang perkara baru yang didatangkan padanya. Mungkin dengan versi pembangunan yang akan datang, beberapa perkara baru akan diperlihatkan dan diintegrasikan bersama-sama dengannya.

Muat-Turun Chromium 24


TIPS & ULASAN