Cari @ Amanz

Walaupun akhir-akhir ini penambahan angka pengguna Facebook tempatan agak perlahan, namun ia masih memperlihatkan angka positif, dimana mengikut SocialBakers, terkini, angka pengguna Facebook dari Malaysia berjumlah hampir 13 juta orang.

Mengikut angka tersebut, ia memperlihatkan 49.54% penduduk di Malaysia mempunyai akaun Facebook, meletakkan ia dikedudukan ke-6 di rantau Asia, dan ke-18 secara keseluruhan.

Angka ini didapati oleh pihak SocialBakers, daripada platform pengiklanan Facebook, yang memperlihatkan jumlah pengguna sesuatu negara. Namun begitu, semestinya angka ini agak kurang tepat, memandangkan ada sesetengah pengguna yang mempunyai lebih daripada satu akaun untuk laman sosial tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd