Twitter Bakal Membolehkan Pengguna Memuat-Turun Tweet Sebelum Penghujung Tahun

Twitter Bakal Membolehkan Pengguna Memuat-Turun Tweet Sebelum Penghujung Tahun

Diterbitkan pada Sep 22, 2012 oleh .

Sehingga hari ini, salah satu perkara utama yang masih kurang pada Twitter adalah kebolehan untuk memuat-turun pelbagai Tweet yang pernah dihantar oleh seseorang pengguna. Namun, perkara ini dijangka akan diatasi sebelum penghujung tahun ini.

Sebelum ini, sekiranya ingin memuat-turun Tweet, beberapa aplikasi menawarkan sokongan untuknya, dan salah satunya adalah SocialFolders. Namun, bukan semua yang boleh dimuat-turun, jikalau dibandingkan dengan Facebook dan juga Google+. Perkara ini semestinya memberikan kesan kepada para pengguna yang ingin melihat Tweet mereka sebelum-sebelum ini.

Buat masa ini, Twitter tidak memberikan sebarang tarikh, dan sekadar mengatakan sebelum penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN