Asus PadFone 2 Bakal Membawakan Cip Empat-Teras, Kamera 13-Megapixel, Dan Sokongan LTE

Asus PadFone 2 Bakal Membawakan Cip Empat-Teras, Kamera 13-Megapixel, Dan Sokongan LTE

Diterbitkan pada Sep 22, 2012 oleh .

Seperti semua sedia maklum, Asus telah pun mula menghantar jemputan untuk media antarabangsa berkenaan pelancaran Asus PadFone 2 pada bulan Oktober kelak. Namun, lebih awal daripada itu, kini spesifikasi yang akan dibawakan olehnya telah pun mula tertiris ke arena web.

Daripada spesifikasi yang diperlihatkan pada bahagian belakang kotak PadFone, ia dilihat PadFone 2 akan dilengkapi dengan spesifikasi yang agak tinggi. Ini termasuklah menggunakan cip pemporsesan empat-teras QualComm APQ8064 1.5GHz, bateri berkapasiti 2140mah, skrin paparan Super IPS+ HD, kamera 13-megapixel pada bahagian belakang, kamera 1.2-megapixel pada bahagian hadapan, dan memori sebanyak 2GB RAM.

Mungkin kita akan tahu bilakah ia akan memasuki pasaran, dan harga jualannya kelak pada pengumuman bulan Oktober ini. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN