Jasmine – Aplikasi YouTube Yang Minimalis Dan Cantik Untuk iOS

Jasmine – Aplikasi YouTube Yang Minimalis Dan Cantik Untuk iOS

Diterbitkan pada Sep 22, 2012 oleh .

Bagi para pengguna iOS 6, semestinya anda merindui akan aplikasi YouTube. Walaupun Google menyediakan aplikasi khas untuk pengguna iOS, namun ia tidak dioptimasikan untuk iPad. Dan sebagai sebuah alternatif, Jasmine YouTube Client merupakan aplikasi yang amat berguna.

Jasmine merupakan aplikasi YouTube yang menyokong kesemua peranti iOS, termasuk iPhone dan juga iPad. Menariknya, ia membawakan antaramuka dan fungsi yang lebih menarik daripada apa yang ditawarkan sendiri oleh Google.

Jasmine merupakan aplikasi percuma, yang mana membolehkan anda memainkan playlist dengan mudah, berkongsi pautan ke Twitter dan Facebook, menghantar komen, mengingati lokasi terakhir anda menonton sesuatu video, dan juga salah satu fungsi yang amat dinantikan pengguna iOS, iaitu sokongan AirPlay. Jasmine juga didatangkan dengan sokongan terbina untuk paparan Retina pada iPad, dan juga sokongan untuk paparan iPhone 5.

Walaubagaimanapun, untuk menggunakan aplikasi Jasmine ini, anda terlebih dahulu perlu menggunakan iOS 6, sebelum dapat memuat-turun dan menggunakannya.

Muat-Turun Aplikasi Jasmine YouTube Client Untuk iOS


TIPS & ULASAN