Cari @ Amanz

Bagi para peminat RIM dan BlackBerry, semestinya menantikan peranti BlackBerry 10 yang bakal diperkenalkan oleh mereka pada awal tahun hadapan. Sementara menantikannya, dengan pelbagai gambar yang mula tertiris di arena web, kini sebuah video khas disediakan, mempertontonkan, bagaimanakah peranti BlackBerry 10 Siri-L akan kelihatan kelak.

Seperti semua sedia maklum, BlackBerry akan hadir dengan dua siri telefon pintar, dimana satu membawakan skrin sentuh sepenuhnya, sementara lagi satu membawakan rekabentuk papan kekunci QWERTY. Siri-L yang bakal dilancarkan ini membawakan skrin sentuh penuh, dan dijana menggunakan sistem operasi BlackBerry 10, yang membawakan pelbagai perkara baru.

Daripada video yang dipertontonkan, ia mengambil idea daripada pelbagai info yang tertiris di arena web akhir-akhir ini, dan mungkin pada versi akhir yang akan diperkenalkan oleh RIM kelak, tidak jauh berbeza dengan apa yang diperlihatkan.

Sekiranya ia kelihatan begini, adakah anda akan mendapatkannya ataupun tidak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd