Dengan penjualan iPhone 5 yang telah pun bermula sejak daripada Jumaat lepas di beberapa buah negara, semestinya salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah ujian menjatuhkan iPhone 5, dan membandingkan dengan peranti lain. Memandangkan pesaing terdekatnya adalah Galaxy S3 daripada Samsung, kini GizmoSlip memperlihatkan ketahanan iPhone 5 berbanding Galaxy S3.
Ia kelihatan iPhone 5 membawakan binaan yang lebih kuat berbanding versi sebelum-sebelum ini. Salah satu perkara mungkin disebabkan binaan kaca pada bahagian belakang yang kini digantikan. Daripada video yang dipertontonkan, ia memperlihatkan iPhone 5 masih tidak kukuh sepenuhnya, dan skrinnya masih retak apabila dijatuhkan. Namun, ia masih membawakan binaan yang lebih baik daripada Galaxy S3 yang kelihatan menerima kesan yang lebih teruk berbanding dengan iPhone 5.