Cari @ Amanz

Grand Theft Auto 5 merupakan salah satu permainan yang dinantikan ramai untuk sekian lama. Dengan pelbagai ura-ura mengatakan yang ia akan hadir pada awal tahun, salah seorang penganalisa kini mengatakan yang mana permainan GTA V ini hanya akan hadir selepas bulan Mac 2013.

Rockstar Games buat masa ini hanya sekadar mengumumkan permainan tersebut, namun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan bilakah permainan tersebut akan dilancarkan kepada umum.

Mengikut kata penganalisa, selalunya, permainan popular seperti GTA akan memberikan masa antara empat hingga enam bulan kepada para pengedar dan penjual untuk masa bersedia. Namun, sehingga kini, mereka masih tidak menerima sebarang berita berkaitan dengan GTA V.

Pada masa yang sama, Rockstar Games juga semestinya sedang bertungkus-lumus dalam membangunkan permainan GTA V, disamping memastikan kualiti permainannya antara yang terbaik di pasaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd