Apple Masih Bergantung Kepada Google Maps Untuk Versi Web

Apple Masih Bergantung Kepada Google Maps Untuk Versi Web

Diterbitkan pada Sep 23, 2012 oleh .

Bagi para pengguna iOS 6, semestinya sedia maklum akan yang mana Apple telah pun mengantikan Google Maps pada peranti mereka dengan sistem pemetaan tersendiri. Namun, apabila pautan daripada aplikasi berkenaan dikongsikan, ia masih membawa pengguna kepada laman Google Maps, dan bukannya sesuatu milik Apple sendiri.

Perkara ini mungkin adalah kerana pihak Apple masih belum bersedia memperkenalkan versi web untuk aplikasi pemetaan mereka. Namun, daripada apa yang dikongsikan, ia menggunakan URL khas, iaitu Maps.Apple.com.

Walaubagaimanapun, sekiranya pautan tersebut dibuka oleh pengguna menggunakan peranti iOS 6, ia akan menggunakan aplikasi Apple Maps sendiri, dan untuk pengguna lain, termasuk pengguna iOS 5 dan sebagainya, ia akan membawa kepada Google Maps.

Ia masih tidak diketahui sama ada pihak Apple akan memperkenalkan aplikasi pemetaan versi web mereka tersendiri, ataupun akan terus bergantung kepada Google Maps pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN