MAS Bakal Memperkenalkan Aplikasi iOS 6 Dengan Sokongan Passbook

MAS Bakal Memperkenalkan Aplikasi iOS 6 Dengan Sokongan Passbook

Diterbitkan pada Sep 23, 2012 oleh .

Passbook merupakan salah satu fungsi baru yang disertakan pada iOS 6, namun tidak boleh digunakan sepenuhnya, memandangkan tiada aplikasi tempatan yang menyokongnya. Namun, perkara ini bakal berubah tidak lama lagi, apabila kini MAS dalam perancangan untuk memperkenalkan aplikasi untuknya.

Untuk makluman, Passbook membolehkan para pengguna iOS 6 menyimpan pelbagai jenis tiket dan kad ganjaran pada satu lokasi, untuk akses mudah dimana-mana. Ia diintegrasikan dengan sokongan geolokasi, membolehkan anda hanya mengeluarkan iPhone, dan mengakses Passbook, dimana tiket dan kad ganjaran berkaitan akan dipaparkan.

MAS atau nama penuhnya, Malaysia Airlines kelihatan akan mengambil peluang dalam menggunakan fungsi ini sepenuhnya, dengan bakal memperkenalkan aplikasi yang dioptimasikan untuknya.

Sementara menantikan pelancaran rasminya, mungkin anda boleh membantu pihak MAS membuat pilihan warna, dengan meninggalkan komen pada halaman Facebook mereka.

Tips awal daripada Nasrul.


TIPS & ULASAN