Kembalikan Nostalgia MySpace Dan GeoCities Menggunakan Data Facebook Anda Hari Ini

Kembalikan Nostalgia MySpace Dan GeoCities Menggunakan Data Facebook Anda Hari Ini

Diterbitkan pada Sep 24, 2012 oleh .

Geocities dan juga MySpace merupakan antara perkhidmatan web yang popular pada suatu masa dahulu, dan mempunyai penggunanya yang tersendiri dengan kreativiti masing-masing. Kini, anda boleh mengembalikan nostalgia tersebut kembali melalui aplikasi yang disediakan khas oleh BuzzFeed.

Daripada aplikasi yang disediakan khas oleh pihak BuzzFeed, para pengguna boleh menggunakan data daripada Facebook masing-masing, dan dipaparkan dengan rekabentuk klasik, menggunakan reka tulis Comic Sans, dan gambar berbentuk GIF padanya.

Jadi, bagi anda yang ingin melihat kembali bagaimanakah profil anda kelihatan sekiranya menggunakan Geocities ataupun MySpace, mungkin boleh mengujinya hari ini.

Gunakan MySpace YourSelf


Gunakan Geocities Yourself


TIPS & ULASAN