Cari @ Amanz

Bagi mereka yang mengikuti pekembangan daripada pihak JPJ, mungkin sedia maklum akan yang mana AES telah pun mula beroperasi sejak daripada tengah malam 22 September lepas, dan kini, daripada data yang dikongsikan pihak JPJ, kedudukannya turut diplotkan pada Google Maps untuk kemudahan bersama.

AES telah pun beroperasi di 14 lokasi, bagi mengesan pesalah lalu lintas seperti melanggar lampu isyarat, mahupun memandu melebihi had laju. Buat masa ini, ia hanya dipasang sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Perak.

Bagi anda yang selalu bergerak dari utara ke selatan, mungkin boleh merujuk kepada peta lokasi kamera AES yang disediakan di Google Maps, untuk rujukan bersama.



  • Amaran
  • Memandu melebihi had laju dan melanggar peraturan lalu lintas adalah salah satu perkara berbahaya yang boleh meragut nyawa, dan menyusahkan orang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd