Carian
Bahagian Belakang iPhone 5 Mudah Tercalar
September 24, 2012 Aman

Nampaknya satu demi satu aduan dan komen kedengaran mengenai iPhone 5 akhir-akhir ini. Selepas ramai yang tidak berpuas hati dengan peta Apple Maps, kini ramai pengguna turut mengatakan bahagian belakang iPhone 5 mudah tercalar, berbanding dengan iPhone 4S sebelum ini.

Walaupun ia membawakan binaan yang agak kukuh berbanding Galaxy S3, namun iPhone 5 kelihatan lebih mudah tercalar berbanding iPhone generasi sebelumnya. Pada laman MacRumors, daripada lebih kurang 1000 orang yang mmberikan maklumbalas berkenaan perkara ini, lebih kurang 45% mengatakan iPhone 5 berwarna hitam mudah tercalar dan tertanggal warnanya. Apa yang lebih mengecewakan, kebanyakkan pengguna menerima unit yang telah pun tercalar ketika membeli.

Apple masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan perkara ini buat masa ini.

Komen