Cari @ Amanz

Walaupun pihak Telekom Malaysia masih belum mengumumkan sokongan Unifi di Sarawak buat masa ini secara rasminya, namun, hari ini mereka menggunakan akaun Twitter, dalam mengumumkan mengenai pelancaran UniFi di Kuantan, Pahang.

Pengenalan di Pahang ini adalah lanjutan daripada pengenalan di Terengganu pada bulan Julai lepas. Bagi mereka yang berminat boleh menyemak kawasan liputan di Kuantan, dan mula membuat tempahan hari ini.

Pada masa yang sama, pihak Telekom Malaysia turut berkongsi mengatakan yang mana mereka akan melancarkan UniFi di satu lagi negeri sebelum penghujung tahun ini. Mungkinkah ia Sarawak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd