Pengguna Nokia Lumia 900 Menerima Kemaskini Windows Phone

Pengguna Nokia Lumia 900 Menerima Kemaskini Windows Phone

Diterbitkan pada Sep 24, 2012 oleh .

Hari ini, para pengguna Nokia Lumia 900 di Malaysia telah pun mula menerima kemaskini terbaru Windows Phone, membawakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya. Namun, ia bukanlah kemaskini Windows Phone 7.8 yang dinantikan ramai.

Daripada kemaskini Windows Phone yang disertakan, ia membawakan sokongan kamera yang lebih baik lagi, membolehkan para pengguna Lumia 900 mengakses kamera, walaupun ketika skrin telefon dikunci. Ia juga membawakan sokongan autofokus yang lebih baik berbanding sebelumnya, salah satu perkara yang sering dikomen oleh pengguna Lumia 900.

Disamping itu, ia juga menyertakan sokongan bateri yang lebih baik, disamping prestasi telefon tersebut sendiri yang dipertingkatkan berbanding sebelumnya.

Para pengguna Lumia 900 boleh mendapatkan kemaskini ini dengan menyambungkan peranti mereka ke Microsoft Zune, dan melakukan kemaskini daripada firmware 12201 kepada 12301 hari ini.


TIPS & ULASAN