Cari @ Amanz

Kemaskini Android 4.1 Jelly Bean merupakan salah satu perkara yang dinantikan oleh para pengguna Samsung Galaxy S3, dan bermula hari ini, kemaskini tersebut mula diperkenalkan secara rasmi oleh Samsung melalui Samsung Kies.

Namun, ia masih lagi ditawarkan secara berperingkat, dimana buat masa ini beberapa negara di Eropah telah mula menerimanya, termasuk Poland dan Croatia. Buat masa ini, ia diperkenalkan secara Samsung Kies, dengan kemaskini melalui OTA (Over-The-Air) dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Melalui Kemaskini Android 4.1 Jelly Bean, ia membawakan fokus kepada menjadikan penggunaan Android lancar tanpa sebarang lengah masa melalui Project Butter, disamping turut menyertakan beberapa fungsi baru, termasuk sokongan notifikasi yang lebih baik, dan juga Google Now yang diminati ramai.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah pengguna Malaysia akan mula menerima kemaskini tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd