Cari @ Amanz

Selain daripada Maxis, hari ini, DiGi turut sama telah mengumumkan yang mana mereka akan mula menawarkan kad-SIM bersaiz Nano kepada para pengguna tempatan bermula daripada 26 September kelak.

Berbeza dengan pihak Maxis yang mengenakan caj sebanyak RM25, DiGi pula menawarkannya secara percuma kepada semua pelanggan DG Smart Plan dan juga DG PostPaid Plus, selain mana boleh didapati oleh pengguna lain pada harga RM20.

Nano-SIM daripada DiGi ini boleh didapati daripada beberapa cawangan DiGi di Lembah Klang bermula daripada 26 September ini, dan akan diperluaskan kepada semua cawangan diseluruh negara menjelang awal Oktober kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd