Sistem operasi akan datang daripada Windows 8, semestinya menerima sokongan ramai pembangun aplikasi, samada untuk desktop biasa mahupun untuk peranti dengan skrin sentuh seperti tablet. Dan mengikut angka terkini, bilangan aplikasi pada Windows Store telah pun melangkaui angka 2000 aplikasi.
Apa yang menariknya mengenai aplikasi yang terdapat pada Windows Store buat masa ini adalah bentuk aplikasinya, dimana lebih kurang 83% merupakan aplikasi percuma, yang mana semestinya diminati ramai pengguna Windows 8 kelak.
Mungkin dengan pelancaran Windows 8 yang tinggal lebih kurang sebulan lagi, iaitu pada 26 Oktober kelak, kita akan dapat melihat angka aplikasi tersebut terus bertambah dari hari ke hari.