Samsung Berkongsi Senarai Peranti Yang Bakal Menerima Android 4.1 Jelly Bean

Samsung Berkongsi Senarai Peranti Yang Bakal Menerima Android 4.1 Jelly Bean

Diterbitkan pada Sep 24, 2012 oleh .

Lanjutan daripada kemaskini Android 4.1 Jelly Bean yang mula diperkenalkan oleh Samsung untuk Galaxy S3, mereka juga turut sama berkongsi beberapa perkara tambahan, sekaligus berkongsi mengatakan lebih banyak peranti akan menerimanya dalam masa terdekat.

Samsung mengatakan yang mana selain daripada Galaxy S3, beberapa peranti lain turut sama akan menerimanya, termasuk

  • Galaxy S2
  • Galaxy Note
  • Galaxy S Advance
  • Galaxy Chat
  • Galaxy Ace 2
  • Galaxy Beam
  • Galaxy Ace Plus
  • Galaxy Mini 2
  • Galaxy S Duos
  • Galaxy Tab 2 7.0
  • Galaxy Tab 7.0 Plus
  • Galaxy Tab 2 10.1
  • dan juga Galaxy Note 10.1.

Bilakah ia akan diperkenalkan masih tidak diketahui sepenuhnya, dan diperkatakan akan berbeza mengikut lokasi dan juga penyedia telekomunikasi.

Untuk para pengguna Galaxy S3, kemaskini Jelly Bean membawakan:

  • Blocking Mode – menambah sokongan menghalang panggilan, notifikasi, alarm dan sebagainya untuk sesuatu tempoh.
  • Sokongan pause pada kamera, membolehkan anda menghentikan rakaman video untuk sementara waktu, dan menyambungnya kembali dengan mudah.
  • Kebolehan mengubah saiz Pop-Up Play, sepertimana yang dilihat pada Galaxy Note 10.1 sebelum ini.
  • …dan pelbagai perkara yang dibawakan oleh Jelly Bean termasuk Google Now dan notifikasi yang ditambah baik.

TIPS & ULASAN