Cari @ Amanz

Walaupun telah diambil-alih oleh Google sebelum ini, namun nampaknya aplikasi Sparrow terus akan menerima sedikit kemaskini, dimana terkini, pembangunnya mengatakan sokongan iPhone 5 bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Google telah mengambil-alih Sparrow pada bulan Julai yang lepas, dimana pasukan pembangunnya menyertai pasukan GMail, dan semestinya mereka bersama akan membawakan sesuatu yang baru untuk aplikasi GMail pada peranti mudah-alih.

Sparrow, untuk makluman adalah salah satu aplikasi emel yang terbaik pada platform iOS dan juga Mac, menawarkan fungsi dan sokongan yang lebih baik berbanding aplikasi Mail daripada Apple sendiri. Dan pengumuman sokongan iPhone 5 ini semestinya mengembirakan ramai pengguna Sparrow yang dalam perancangan untuk menaik-taraf peranti mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd