Lebih 50,000 Hadiri #My3L – Kolej Komuniti Menawarkan Kursus ICT Pada Harga Serendah RM5

Lebih 50,000 Hadiri #My3L – Kolej Komuniti Menawarkan Kursus ICT Pada Harga Serendah RM5

Diterbitkan pada Sep 25, 2012 oleh .

Mungkin ramai pembaca yang telah sedia maklum akan mengenai kempen Pembelajaran Sepanjang Hayat yang dijalankan di laman ini sejak daripada beberapa minggu lepas. Kini, ia telah pun mencapai penghujungnya, dimana acara Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat yang diadakan pada Sabtu dan Ahad lepas telah mendapat sambutan yang agak mengalakkan, dengan lebih 50,000 pengunjung hadir padanya.

Tarikan pada Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat yang diadakan semestinya adalah demonstrasi pelbagai ilmu praktikal yang dipelajari ramai orang daripada Kolej Komuniti, disamping mempromosikan mengenai pembelajaran tanpa sempadan, pada bila-bila masa sahaja.

Bagi para pembaca, semestinya sedia maklum akan, kini dunia bergerak pantas, dan pelbagai perkara baru ditemui sekaligus memperluaskan pengetahuan semua orang. Khas untuk mereka yang meminati industri ICT, dalam usaha menyokong konsep pembelajaran sepanjang hayat, pihak Kolej Komuniti ada menyediakan beberapa pilihan kursus, membolehkan anda mengikutinya pada harga yang amat berpatutan, sebagai contoh:

  • Kursus AutoCAD dari serendah RM5
  • Kursus Baik-Pulih Komputer dari serendah RM15
  • Pemasangan Sistem Operasi dari serendah RM10
  • Kursus Adobe Photoshop dari serendah RM15
  • …dan pelbagai kursus jangka masa pendek yang lain.

Selain berkaitan ICT, Kolej Komuniti turut menyediakan pelbagai topik pilihan lain, yang anda boleh pilih, dan mendaftarkan diri hari ini. Bagi anda yang berminat, boleh melayari halaman senarai kursus yang ditawarkan hari ini, ataupun mengikuti halaman Facebook MyLifeLong Learning untuk mendapatkan info semasa dengan lebih mudah dan pantas lagi.

Takwim Senarai Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat

Advertorial daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia


TIPS & ULASAN