Carian
MySpace Mempertontonkan Rekabentuk Baru Yang Lebih Kemas
September 25, 2012 Aman

MySpace, salah satu laman sosial yang popular pada suatu masa dahulu, seperti semua sedia maklum, telah pun diambil-alih oleh syarikat baru, dan kini, mereka bakal memperkenalkan antaramuka yang serba baru kepada semua tidak lama lagi.

Daripada video yang dipertontonkan, ia memperlihatkan, para pengguna boleh daftar masuk menggunakan akaun Facebook mahupun Twitter, dan seperti sebelumnya, ia memfokuskan kepada muzik sepenuhnya, menjadikan ia salah satu laman sosial dengan fokus tersendiri yang agak menarik.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendaftar minat untuk mengakses MySpace lebih awal daripada yang lain. Sementara itu, apakah komen anda berkaitan rekabentuk baru MySpace ini?

Tips daripada Aizan dan Usamah

Komen