Telah Daftar Mengundi? Kini Anda Boleh Menambahnya Di Facebook

Telah Daftar Mengundi? Kini Anda Boleh Menambahnya Di Facebook

Diterbitkan pada Sep 25, 2012 oleh .

Facebook kini membolehkan para pengguna menambah tarikh daftar mengundi pada halaman profil anda, sekaligus menjadikannya salah satu tarikh yang mudah anda ingati dengan akses Timeline pada Facebook.

Namun, salah satu kelemahannya adalah ia masih memfokuskan lebih kepada para pengguna di Amerika Syarikat, dimana daripada pilihan lokasi yang diperlihatkan, ia hanya memfokuskan kepada penduduk di Amerika Syarikat sahaja, tanpa sebarang pilihan lokasi untuk para pengguna diluar Amerika Syarikat.

Bagi mereka yang masih ingin menambahnya, masih boleh melakukannya dengan mudah, tanpa menyertakan lokasi, tetapi hanya menyertakan tarikh sahaja pada Timeline anda. Untuk memulakannya, para pengguna hanya perlu ke halaman profil anda, dan seterusnya klik pada Life/Event, dan seterusnya menambah melalui pilihan Travel & Experiences.


TIPS & ULASAN