Cari @ Amanz

Trapit, salah satu aplikasi berasaskan web dan iPad yang menggunakan teknologi AI dalam mengesyorkan kandungan, hari ini telah pun mengumumkan kerjasama strategik bersama-sama Astro.

Trapit juga membolehkan teknologi AI disebaliknya mengetahui bentuk kandungan yang diminati para pengguna, dan kemudian menawarkan kandungan dalam bentuk yang disukai oleh mereka berdasarkan kepada kata kunci, penggunaan dan juga minat.

Melalui kerjasama tersebut, Trapit akan menerima pelaburan sebanyak $1.9 juta daripada Astro. Buat masa ini, apakah produk yang bakal dilancarkan bersama masih tidak diketahui lagi. Namun mengikut Trapit, ia dikatakan mereka akan menjadikan beberapa produk Astro sedia ada lebih mesra pengguna dan menjadikannya mengikut peribadi seseorang itu, selain melancarkan beberapa produk baru tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd