Dengan musim cuti penghujung tahun yang bakal menjelang tiba, kini nampaknya Mozilla telah pun mengemaskini jadual pengeluaran mereka, dimana kini diumumkan, pelancaran Firefox 18 kelak akan ditangguhkan seminggu berbanding pelancaran biasa.
Ini bakal menjadikan pembangunan Firefox 18 memakan masa selama tujuh minggu, berbanding enam minggu yang menjadi kebiasaan Mozilla sejak tahun lepas.
Penangguhan ini bakal membolehkan para pembangun Firefox menikmati cuti hujung tahun, dan sambutan tahun baru 2013 kelak. Walaupun pembangunannya tidak akan dihentikan, tetapi akan sekadar dijadikan sedikit perlahan berbanding kebiasaannya.
Dengan kemaskini ini, Firefox 18 akan dilancarkan pada minggu 6 Januari 2013 kelak, dan selepas daripada itu, semua pembangunan akan kembali kepada tempoh enam minggu seperti biasa.