Cari @ Amanz

Seperti pada setiap versi sebelum ini, Apple kini menyediakan sebuah buku digital percuma untuk para pengguna yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai iPhone 5 dan juga memfokuskan terutamanya kepada sistem operasi iOS 6.

Buku digital ini ditawarkan oleh Apple melalui iBooks Store mereka, yang mana menjadikan tanda tanya siapakah yang akan memuat-turunnya. Memandangkan ia memfokuskan kepada para pengguna baru, semestinya mereka masih sukar memahami iBooks Store dan sebagainya, sekaligus menyukarkan mereka memuat-turun. Namun, mungkin Apple mempunyai jawapan mereka tersendiri.

Bagi para pengguna peranti iOS, yang ingin mendalami lebih mengenai iOS 6, anda boleh mendapatkan ia secara percuma hari ini melalui iPad, iPhone atau iPod Touch anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd