BlackBerry 10 Bakal Membawakan BBM Video Dan Sokongan Navigasi

BlackBerry 10 Bakal Membawakan BBM Video Dan Sokongan Navigasi

Diterbitkan pada Sep 25, 2012 oleh .

Dengan RIM yang masih merahsiakan fungsi penuh BlackBerry 10 sehingga ke hari ini, beberapa antaramuka baru tertiris ke arena web hari ini, memperlihatkan beberapa sokongan baru yang dibawakan dan disertakan pada sistem operasi terbaru BlackBerry.

Daripada paparan skrin yang dikongsikan BlackBerry Italia, ia menunjukkan yang mana BlackBerry 10 bakal membawakan sokongan panggilan video antara pengguna BlackBerry melalui fungsi yang dinamakan BBM Video.

Selain daripada itu, ia turut sama menyertakan sokongan navigasi, hasil bekerjasama dengan pihak TomTom, sekaligus menjadikan sokongan peta terbina pada BlackBerry 10 lebih menarik berbanding sedia ada.

Ia juga turut dikongsikan yang mana BlackBerry 10 bakal membawakan prestasi penggunaan pelayar web yang baik, dengan sokongan HTML5 padanya. Sokongan NFC turut disertakan, selain kebolehan Mobile Hotspot yang menyokong sehingga 8 peranti, berbanding hanya 5 pada BlackBerry 7.

Pihak RIM juga bakal mengadakan BlackBerry Jam America pada awal pagi esok, dimana pelbagai perkara dijangka akan dikongsikan berkaitan dengan BlackBerry 10.


TIPS & ULASAN