Carian
Nokia Memperkenalkan Asha 308 Dan Asha 309
September 25, 2012 Aman

Selain daripada memperkenalkan peranti Windows Phone baru mereka pada awal bulan tempoh hari, Nokia juga turut sama menambah dua peranti baru Nokia Asha hari ini, iaitu Nokia Asha 308 dan juga Nokia Asha 309.

Kedua-dua peranti ini disasarkan kepada mereka yang inginkan telefon bimbit dengan akses internet dan beberapa aplikasi menarik seperti peta, rangkaian sosial dan juga permainan.

Nokia Asha 308 dan juga Asha 309 membawakan skrin sentuh 3-inci, kamera 2-megapixel dan juga sokongan speaker terbina padanya. Ia juga dijana menggunakan sistem operasi Asha Touch, sama seperti beberapa peranti Asha sebelum ini.

Membezakan kedua-dua peranti ini adalah dimana Asha 308 membawakan sokongan dwi-SIM, sementara Asha 309 hanya membawakan sokongan satu SIM sahaja. Kedua-duanya dijangka akan dijual pada harga lebih kurang USD$99 (~RM303).

Kedua-dua peranti ini bakal dipasarkan bermula suku tahun keempat 2012, dan masih tidak diketahui tarikh rasmi bilakah ia akan memasuki pasaran Malaysia.

Komen