Samsung Bakal Hadir Dengan Pelayar Web Mudah-Alih Tersendiri?

Samsung Bakal Hadir Dengan Pelayar Web Mudah-Alih Tersendiri?

Diterbitkan pada Sep 25, 2012 oleh .

Bagi para pengguna peranti keluarga Galaxy daripada Samsung, mungkin sedia maklum yang mana Samsung sering membawa beberapa penambahan pada Android, disamping menyertakan aplikasi mereka tersendiri. Dan kini, ura-ura baru kedengaran mengatakan Samsung bakal turut menyertai industri pelayar web mudah-alih untuk Android.

Perkara ini menjadi spekulasi apabila Samsung mengiklankan jawatan kosong untuk pembangun WebKit. Untuk makluman, WebKit merupakan enjin pelayar web sumber terbuka yang turut digunakan pada Chrome dan juga Safari.

Mungkin sekiranya perkara ini benar, kita akan dapat melihat peranti Samsung kelak didatangkan bersama-sama pelayar web tersendiri, yang mana mungkin lebih baik berbanding pelayar web terbina pada Android.

Namun begitu, berapa ramaikah yang akan menggunakannya, apatah lagi pelbagai jenama terkemuka, seperti Mozilla, Google Chrome mahupun Opera Mobile sedia ditawarkan untuk Android.


TIPS & ULASAN