Huawei Sedang Membangunkan Sistem Operasi Mudah-Alih Tersendiri

Huawei Sedang Membangunkan Sistem Operasi Mudah-Alih Tersendiri

Diterbitkan pada Sep 25, 2012 oleh .

Huawei baru-baru ini telah pun melancarkan telefon pintar Ascend P1 untuk pasaran Malaysia, disamping akan memperkenalkan peranti Windows Phone 8 mereka tidak lama lagi. Namun, mungkin kerana rasa tidak selamat menggunakan sistem operasi pihak lain, kini mereka turut membangunkan sistem tersendiri secara dalaman.

Reuters melaporkan yang mana pihak Huawei kini sedang dalam proses pembangunan awal yang berdasarkan kepada platform sekarang, sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya syarikat lain tidak membenarkan sistem mereka digunakan pada suatu hari nanti.

Walaubagaimanapun, Huawei masih belum menetapkan bilakah ia akan melancarkan dan menggunakan sistem operasi terbaru mereka itu.


TIPS & ULASAN