BlackBerry App World Baru Pada BlackBerry 10 Dipertontonkan

BlackBerry App World Baru Pada BlackBerry 10 Dipertontonkan

Diterbitkan pada Sep 26, 2012 oleh .

Bersama-sama pengumuman berkenaan fungsi baru pada BlackBerry 10, pihak Research in Motion juga kini turut sama berkongsi beberapa kemaskini berkenaan dengan BlackBerry AppWorld yang didatangkan dengan pelbagai kemaskini baru padanya.

BlackBerry AppWorld kini turut menyertakan muzik, rancangan televisyen dan filem

BlackBerry App World, kini selain daripada hanya sekadar aplikasi, permainan dan tema, ia turut menyertakan kandungan tambahan, berupa muzik, rancangan televisyen dan juga filem. Ia masih dikawal dan diuruskan menggunakan BlackBerry ID seseorang, dimana pembelian boleh dilakukan menggunakan kad kredit, PayPal ataupun terus melalui kredit talian telekomunikasi.

Pada masa yang sama, halaman utama BlackBerry AppWorld turut sama menyertakan beberapa kategori tambahan, termasuk Trending, membolehkan para pengguna mengetahui apakah aplikasi yang popular dikalangan pengguna BlackBerry pada sesuatu masa.


TIPS & ULASAN