Carian
BlackBerry 10 Dioptimasikan Untuk Penggunaan Perusahaan Dan Peribadi
September 26, 2012 Aman

Sering kali kita lihat ramai yang tersalah menghantar emel mahupun menguruskan laman sosial menggunakan peranti pintar mereka. Namun, melalui BlackBerry 10, perkara tersebut mungkin dapat dielakkan, dimana ia dioptimasikan untuk penggunaan perusahaan mahupun untuk peribadi.

Pada BlackBerry 10, sebuah menu khas disediakan, membolehkan para pengguna memilih akaun korporat dan juga peribadi. Sekiranya memilih akaun korporat, mereka boleh mengakses akaun emel berbeza, selain mengakses beberapa ciri-ciri yang dikhaskan untuk perusahaan dengan mudah.

Disamping itu, anda masih boleh mengakses akaun peribadi, dan menetapkannya dengan mudah pada pilihan personal. Dengan ini, ia membolehkan anda mengelak daripada tersalah guna peranti dan sebagainya, disamping mengekalkan produktiviti, serta hanya menggunakan satu peranti untuk pelbagai tugasan harian dan kerja.

Komen