Cari @ Amanz

Pembangun pelayar web Google Chrome, hari ini telah pun memperkenalkan kemaskini perisian mereka untuk para pengguna seluruh dunia, membawakan chrome 22 dengan beberapa kemaskini padanya, memfokuskan kepada permainan 3D dengan lebih lancar dan digunakan sepenuhnya sebagai aplikasi web.

Dengan kemaskini Chrome 22, ia turut menyertakan sokongan untuk mouse lock, membolehkan pembangun menggunakan fungsi tersebut, dan menyediakan pengalaman permainan yang lebih menarik, tanpa gangguan penunjuk tetikus pada skrin.

Selain daripada itu, kemaskini ini juga menambah baik sokongan WebGL, Web Audio, Gamepad dan sebagainya, disamping membawakan sokongan yang lebih baik untuk para pengguna OS X yang menggunakan skrin Retina. Penambahan untuk sistem operasi Windows 8 juga dibawakan melalui kemaskini ini.

Bagi para pengguna Google Chrome sedia ada, anda akan menerima kemaskini secara automatik hari ini, sementara untuk pengguna baru, anda boleh memuat-turunnya secara percuma daripada laman rasmi Chrome hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd