Google Maps Membolehkan Anda Menyelam Ke Dasar Laut Terus Dari Komputer Anda

Google Maps Membolehkan Anda Menyelam Ke Dasar Laut Terus Dari Komputer Anda

Diterbitkan pada Sep 26, 2012 oleh .

Google terus menambah satu demi satu fungsi baru pada aplikasi peta mereka, dimana selepas membawakan sokongan lebih kurang sama pada Google Earth sebelum ini, kini fungsi untuk menjelajah lautan terus melalui pelayar web turut sama diintegrasikan pada Google Maps.

Dengan sokongan ini, ia membolehkan para pengguna seluruh dunia menyelam ke dasar laut, dan melihat gambaran dekat keindahan laut dan kehidupan didalamnya.

Buat masa ini, memandangkan ia masih lagi pada peringkat awal, maka lokasi yang disokong masih lagi terhad, dan belum menyeluruh lagi. Namun, untuk berkongsi beberapa pandangan yang menarik, Google Malaysia berkongsi beberapa pautan khas untuk memberikan idea awal, termasuk Barrier Reef, Apo Island, dan juga Hawaii.


TIPS & ULASAN