Sokongan Google Maps Transit bukanlah sesuatu yang baru untuk para pengguna tempatan, dimana ia telah diperkenalkan dibeberapa lokasi sejak bulan Mac yang lepas. Dan sedikit demi sedikit penambahan dilakukan, terkini ia memperlihatkan kos perjalanan pada beberapa lokasi.
Ia tidak diketahui sejak bilakah sokongan ini diperkenalkan, namun semestinya ia merupakan salah satu sokonga yang diminati dan dinantikan ramai yang menggunakan pengangkutan awam setiap hari.
Namun daripada beberapa ujian yang kami lakukan sendiri, masa perjalanan yang diperlihatkan agak tidak tepat, dimana memperlihatkan masa yang lebih lama berbanding kebiasaan. Di Malaysia, laluan perjalanan pengangkutan awam yang disokong adalah yang ditawarkan oleh syarikat Rapid KL, KTMB, Express Rail Link Sdn. Bhd, Sri Maju, Konsortium, SuperRia Express, Edaran Express, Nadi KLIA, PlusLiner, Transnational, SK Bumiputra, CityLiner, 96 Seranas Group, Wawasan Sutera, RapidKl, SKS, Sausana Edaran, Causelink, Go Genting, Skybus Ventures Sdn. Bhd., dan juga Wawasan Sutera Travel & Tours Sdn. Bhd.
Terima kasih Syafiq.