Box boleh dikatakan antara yang terawal menyertai industri storan atas talian. Selain versi web, mereka turut menawarkan aplikasi mudah-alih, dimana terkini mereka telah pun memperkenalkan kemaskini aplikasi Box untuk iOS, dengan sokongan untuk iOS 6 dan juga iPhone 5.
Bersama-sama dengan kemaskini ini juga, untuk waktu yang terhad, pihak Box menawarkan ruangan percuma sebanyak 10GB kepada para pengguna iOS. Untuk mendapatkannya, para pengguna hanya perlu memuat-turun aplikasi iOS Box, dan log masuk menggunakannya.
Ini bukanlah pertama kali pihak Box melakukannya, dimana sebelum ini, mereka turut sama pernah melakukan promosi yang lebih kurang sama untuk aplikasi Android dan lain-lain. Bagi anda yang menggunakan iOS, jangan lepaskan peluang ini, dan dapatkan ruangan tambahan secara percuma daripada pihak Box hari ini.